MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Tuesday, August 17, 2010

Program Kecemerlangan SPM Siri 4/ 2010

27 - 29 JULAI 2010 - Satu program telah dilaksanakan di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 seramai 148 orang (75 orang lelaki dan 73 orang perempuan). Program tersebut telah dirangcang supaya semua pelajar dapat mengikutinya. Pengisian program juga sama sepertimana siri 1, 2, dan 3 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran cuma perbezaanya hanyalah suasana belajar. Ketika program tersebut berlangsung, pelajar-pelajar dapat belajar secara santai sepertimana idea Pengetua bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang lain daripada kebiasaan. Pelajar telah ditempatkan di bawah dan sekitar Muzium Seri Menanti untuk belajar. Seramai 30 orang guru yang terlibat untuk mengajar secara bergilir-gilir. Tuan Pengetua sendiri turut turun padang untuk memasak bersama guru bagi menyediakan lauk tambahan kepada para pelajar.














Program Kecemerlangan SPM Siri 3/ 2010

06 - 08 Julai 2010 - Program ini telah berlangsung di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka. Program ini disertai oleh pelajar Tingkatan 5 seramai 72 orang rentetan daripada Program Kecemerlangan Siri 1 dan 2 lalu. Dengan berlangsungnya program ini menjadikan semua pelajar Tingkatan 5 telah keluar mengikuti program kecemerlangan di luar sekolah. Modus operandi program ini juga sama dengan program siri 1 dan 2. Ketika program ini berlangsung pelajar dapat menyaksikan tayangan 3D tentang alam sekitar dan planet di angkasa. Selain itu, pelajar juga dibawa ke Pusat Penetasan Penyu untuk melihat proses pelepasan anak penyu ke pantai.














Program Kecemerlangan PMR & SPM Siri 2/ 2010

29 Jun - 01 Julai 2010 - Bertempat di Boungainvilla Resort, Port Dickson telah berlangsung satu Program Kecemerlangan PMR dan SPM Siri 2 Tahun 2010. Peserta program tersebut terdiri daripada 41 orang pelajar Tingkatan 3 dan 36 orang pelajar Tingkatan 5. Fokus yang diutamakan di dalam program ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran sepertimana program siri 1 yang lalu. Semua pelajar yang mengikuti program seumpama ini di ajar secara berfokus tentang matapelajaran supaya pemahaman yang lebih mendalam mengenainya. Disamping itu, pelajar juga diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang berbeza sepertimana kebiasaan. Guru yang terlibat dalam perigram ini ialah seramai 35 orang. Semoga berjaya.















Program Kecemerlangan PMR & SPM Siri 1/ 2010

04 - 06 Mei 2010 - SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu program kecemerlangan akademik kepada pelajar-pelajar untuk memberi fokus kepada peningkatan akademik pelajar. Program ini dijalankan di Boungainvilla Resort, Port Dickson. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan 40 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat yang melibatkan 30 orang guru. Modus operandi yang dijalankan ialah Pengajaran dan Pembelajaran secara berfokus di sekitar resort, dalam dewan dan di tepi pantai. Semoga program ini dapat membuka minda pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang diajar di sana. Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Jasamu dikenang.... Semua gambar boleh dilihat di www.facebook.com/Kaunselor Sbp Integrasi Jempol


















Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria