MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Tuesday, April 20, 2010

Ceramah Motivasi Halatuju Kecemerlangan Diri PMR dan SPM 2010

Objektif Program
a. Supaya murid dapat mempelajari cara memotivasikan diri.
b. Supaya murid-murid mendapat meningkatkan semangat diri untuk lebih cemerlang khusunya dalam bidang akademik.
c. Supaya murid menyedari kepentingan motivasi diri untuk memajukan diri sendiri.
d. Melahirkan modal insan yang seimbang dari segi kemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Amat diharapkan semoga semua peserta program mendapat kebaikan selepas mengikuti program seumpama ini. "Orang lain hanya boleh memotivasikan diri kita tetapi sebenarnya kita lah yang perlu memotivasikan diri kita.

Tarikh : 26 April 2010 - SPM
28 April 2010 - PMR
Masa : 09:00 malam HINGGA 11:00 malam

Penceramah : Ustaz Muhammad Asri bin Husin, Kaunselor Cemerlang, SMK Seri Jempol


SESI TINGKATAN 5


Ustaz Asri sedang menyampaikan ceramah

Pelajar lelaki sedang khusuk mendengar ceramah
Dengar lah dik nasihat ustaz tuuu...

Macam terpaksa jee angkat tangan tuu...





SESI TINGKATAN 3

Motivasi diberi semangatkan diri

Nasihat diterima untuk kecemerlangan bersama

Selamat berjaya, PMR & SPM 2010

Cenderamata kepada penceramah disampaikan oleh Tn Haji Kamarularipin (GPK)

diiringi oleh En. Zolcapli (Ketua Bidang Teknikal)

Wednesday, April 14, 2010

Karnival SBP Integrasi Jempol Ke 2 / 2010

22 - 24 April 2010 - Satu karnival diadakan di SBPI Jempol yang melibatkan semua warga sekolah. Karnival seumpama ini telah dijalankan pada tahun lepas dan ia telah dijadikan sebagai satu acara Tahunan sekolah. Karnival ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu melalui pengalaman termasuklah cara-cara menjalankan perniagaan @ jualan, menguruskan sesuatu aktiviti atau pertandingan dan ia juga dapat mengeratkan perhubungan di antara guru dengan pelajar. Pintu pagar sekolah akan dibuka kepada penduduk sekitar termasuklah bekas-bekas pelajar pada kemuncak Karnival iaitu 24 April. Pihak sekolah menjemput semua bekas pelajar untuk turut sama dalam menjayakan Karnival ini.
Program-program yang dijalankan ialah:
1. Majlis Penganugerahan Kecemerlangan - 24 April
2. Hari Terbuka Asrama - 23-24 April
3. Hari Usahawan Muda - 23-24 April
4. Perkhemahan Rakan Muda cinta Alam - 22-24 April
5. Hari Kerjaya SBPI Jempol - 22-24 April
Hari Kemuncak : 24 April 2010
Masa : 08:30 pagi HINGGA 06:00 petang
Majlis Penganugerahan Kecemerlangan
Perasmian oleh:
YB Dato' Haji Lilah bin Haji Yasin DSNS
Ahli Parlimen Jempol

Thursday, April 08, 2010

Kursus KESUMA SBP Integrasi Jempol 2010

09 - 11 April 2010 - SBP Integrasi Jempol telah mengadakan Kursus KESUMA Peringkat SBPI Jempol 2010. Kursus Tahunan ini dijalankan agak berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Kelainan tersebut ialah peserta kursus terdiri daripada Badan Pengawas, Jawatankuasa Sistem Rumah dan Saff Pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Jumlah peserta pada tahun ini ialah sebanyak 100 orang yang terdiri daripada bahagian tersebut:
i. Majlis Ketua Pelajar seramai 30 orang
ii. Saff Pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) seramai 20 orang
iii. Ketua Batch seramai 10 orang
iv. Pelajar yang terpilih dari setiap rumah seramai 40 orang

Kursus ini yang akan dijalankan di Dewan Hamka Al Kubra, Ruang Legar, Surau Ar Raudhah dan sekitar sekolah.

Peserta lelaki sedang mendengar taklimat daripada fasilitator

Peserta memberi fokus ketika mendegar taklimat

Semoga kursus seumpama ini dapat menyokong perkembangan modal insan dan kepemimpinan pelajar khususnya pelajar SBP Integrasi Jempol. Selamat Berjaya

Kursus Kepemimpinan Ketua & Penolong Ketua Rumah

27-30 Mac 2010 - Satu Kursus Ketua dan Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsan 2010 telah dijalankan di SMS Muzzafar Shah, Melaka.Peserta SBP Integrasi Jempol yang terlibat ialah:

Ketua Rumah
1. Ahmad Akhmal bin Masrudin - 5UF
2. Ahmad Naquiddin bin Alias - 5UF
3. Wan Muhammad Azrul bin Wan Azmi - 5AB
4. Aiman Hizami Samsuri - 5AB

Penolong Ketua Rumah
1. Nur Afidah binti Rosli - 5UF
2. Nurul Farhana binti Selamat - 5AB
3. Alaa' binti Zain Al-Aebideen - 5AB
4. Syahirah binti Mahayat - 5HR

Semua peserta mendapat sijil penyertaan.
Saudara Ahmad Akhmal telah menerima anugerah peserta lelaki terbaik rumah Abdul Rahman. Tahniah kepada semua peserta. adalah diharapkan ilmu yang diperolehi ketika mengikuti kursus ini dapat dimanfaatkan kepada semua warga SBPIJ.

Kursus Kepemimpinan Ketua & Penolong Ketua Pelajar

06 - 10 Mac 2010 - Kursus Ketua dan Penolong Ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2010 telah dijalankan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu. Seramai 115 orang pelajar mengikuti kursus tersebut. SBP Integrasi Jempol telah menghantar dua orang pelajar iaitu Saudara Asraf (5UAZ) dan Saudari Nadiah (5AB)

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar dijalankan di PERSADA Johor Baharu

Ucapan wakil BPSBPSK

Ucapan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor

Pengetua-pengetua yang hadir sama

Semua peserta kursus berikra

Bergambar kenang-kenangan

Tahniah Warga SBP Integrasi Jempol

TAHNIAH kepada semua warga SBP Integrasi Jempol kerana usaha gigih selama ini telah menampakkan hasil apabila 31 orang pelajar SPM 2009 mendapat A keseluruhan subjek. Gred Purata Sekolah (GPS) pada Tahun 2009 ialah 1.55 meningkat berbanding Tahun 2008 (2.225) serta Tahun 2007 (2.28). Jumlah calon pada Tahun 2009 ialah seramai 137 orang. Keputusan ini membuktikan SBPI Jempol boleh berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-13 dalam Ranking SBP manakala dalam Ranking Nasional berada di kedudukan ke-15. Cayoook lah SBPI Jempol.

Diantara pelajar yang berjaya mendapat keseluruhan A dalam semua subjek ialah:
  1. Ahmad Masry b Zainol 5A+ 4A 2A-
  2. Anis Nabilah bt Afideen 7A+ 4A
  3. Mohamad Rasyidi b Azimi 7A+ 4A
  4. Muhamad Hazim b Zulkifli 7A+ 2A 2A-
  5. Muhammad Ayyub Afandi b Azizan 7A+ 3A 1A-
  6. Muhhamad Aizat Zahin b Md Zin 9A+ 2A
  7. Muhammad Nur Nu'Aimuddin 9A+ 2A
  8. Muhammad Syazwan b Ahmad Musthafa 8A+ 1A 2A-
  9. Nur Zahirah Nasuha bt Mazli 8A+ 2A 1A-
  10. Nursyuhada bt Azman 7A+ 3A 1A-
  11. Nurul Fazreena bt Mohamad Gazali 6A+ 3A 2A-
  12. Nurul Hasanah bt Padil 5A+ 4A 2A-
  13. Siti Norjannah bt Ahmad 8A+ 1A 2A-
  14. Siti Sofia bt Nordin 6A+ 3A 2A-
  15. Ahmad Rusydi b Karim 7A+ 3A 1A-
  16. Nor Amalina bt Ishak 4A+ 2A 5A-
  17. Syaza Nur Amirah bt Keryo Gutho 7A+ 1A 3A-
  18. Akmal Fail b Razali 9A+
  19. Danial Aiman b Kamaruddin 8A+ 1A
  20. Muhammad Firdaus b Nazri 1A+ 5A 3A-
  21. Nur Nadhirah bt Noor Azli 5A+ 4A
  22. Nurulaida bt Mohd Darus 9A+
  23. Zainal Meskari 7A+ 2A
  24. Aziziyah Nabilah bt Jamalulail 8A+ 1A 1A-
  25. Fadzrie Azim b Ferhat 8A+ 2A
  26. Muhammad Jihad b Rohaizat 6A+ 3A 1A-
  27. Nor Hani bt Abu Samah 5A+ 2A 3A-
  28. Nur Farhana bt Kamardin 4A+ 5A 1A_
  29. Nurul Atiqah bt Mohd Azmi 5A+ 5A
  30. Mohd Zahran b Hanifah 8A+ 2A
  31. Siti Umairah bt Tajol Anuar 2A+ 4A 4A-

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Semoga Tahun 2010 dapat mengikut jejak langkah kejayaan Tahun ini malah lebih daripadanya. aaaaammiiiiiin......

Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria