MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Thursday, May 09, 2013

Mesyuarat Bulanan Pengurusan Asrama (Warden) 2013

SETIAP BULAN - Mesyuarat tersebut dijalankan sebulan sekali bagi memantapkan lagi pengurusan asrama INTEJ. Segala isu akan dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaiannya. Semua warden terlibat dan disertakan juga dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai wakil. Semua warden amat komited dengan tugas walaupun tugas selaku warden amat berat dengan tanggungjawab. Mesyuarat tersebut akan memberi pelauang kepada semu awarden meluahkan isu-isu yang timbul sepanjang menjalankan tugasan.

 En Md Baharudin (GPK HEM) sedang mempengerusikan mesyuarat

 Warden memberikan fokus sepenuhnya dalam perbincangan

Menulis dapatan mesyuarat

Majlis Khatam Al Quran Bulan JANUARI 2013

04 FEBRUARI 2013 - Majlis Khatam Al Quran pertama pada Tahun 2013 telah dijalankan di Dewan HAMKA Al Kubra INTEJ. Majlis ini merupakan majlis bulanan yang diadakan setiap tahun bagi meningkatkan lagi pembacaan Al Quran pelajar. Semua warga INTEJ terlibat dalam majlis tersebut yang diadakan seawal 07:15 pagi. Koperasi INTEJ akan membekalkan air mineral kepada setiap orang pelajar ketika majlis berlangsung. Air mineral tersebut akan dibuka penutupnya dan diletakkan di tengah-tengah antara pelajar lelaki dan perempuan. Program seumpama ini akan menjadikan agama islam sebagai landasan dalam pendidikan di INTEJ.

 Guru dan Pelajar membaca Al Quran

 Bonda menyertai majlis

Air mineral yang dibekalkan kepada semua pelajar INTEJ

Kursus Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan 2013

26 hingga 28 APRIL 2013 - SBP Integrasi Selandar, Melaka menjadi tuan rumah kepada Kursus Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan Tahun 2013. Majoriti Guru Bimbingan dan Kaunseling Zon Selatan telah menjayakan kursus ini yang disertai oleh 160 orang ahli PRS Tingkatan 4 seluruh SBP Zon Selatan. Kursus ini dijalankan bagi memberi latihan kepada ahli PRS untuk menjadi ahli yang lebih aktif di sekolah. Ahli PRS ialah seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang akan membantu rakan-rakan sekolah sekirannya menghadapi sesuatu isu atau masalah. Seramai 10 orang ahli PRS Tingkatan 4 dari INTEJ telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut. Guru Bimbingan dan Kaunseling INTEJ pula dilantik sebagai Kem Komanden sepanjang kursus berlangsung.

 Peserta kursus dari INTEJ

 Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Megat

 Diantara aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan

Pelajar INTEJ mengikuti jamuan makan malam di SBPI Selandar

Program Kelas Tuisyen SPM & PMR 2013

SEPANJANG TAHUN - Pada tahun 2013, pihak sekolah telah meletakkan sasaran yang tinggi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan. Lantaran itu, semua-semua program bersifat akademik telah bermula lebih awal. Sebagai contohnya ialah Program Kelas Tuisyen yang telah dimulakan seawal bulan Januari. Guru-guru subjek akan mengenalpasti guru terbaik dari sekolah luar untuk dibawa ke INTEJ bagi menjadi guru kelas tuisyen tersebut. Pelajar yang terpilih juga dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun dan penilaian bulan Mac dan April mengikut subjek masing-masing. Kelas akan dijalankan pada petang sabtu mengikut kelapangan guru yang dijemput. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menguruskan semua perjalanan kelas tuisyen tersebut.

 Pelajar yang sedang mengikuti PdP dalam Pusat Sumber Sekolah

 Salah satu kelas Tuisyen Bahasa Arab Tingkatan 3

Pelajar sedang fokus mendengar PdP guru dalam Makmal Kumputer

Program Konferasi Waris 2013


22 MAC 2013 (JUMAAT) - INTEJ telah menganjurkan Program Konferasi Waris. Program tahunan ini akan menjemput semua ibu bapa atau penjaga bertandang ke INTEJ bagi berjumpa dengan guru-guru. Perjumpaan bersama guru dibuat bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan terutamanya isu akademik. Ramai ibu bapa @ penjaga datang bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus mengukir kejayaan di INTEJ. Perjumpaan guru bersama ibu bapa @ penjaga dibuat di Dewan HAMKA untuk pelajar menengah atas manakala menengah bawah dibuat di Ruang Legar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dan ibu bapa @ penjaga yang tidak putus memberi sokongan kepada pihak sekolah.

 Perbincangan di antara guru dan ibu bapa

 Ibu kepada pelajar sedang mendengar penerangan guru

Ibu bapa dan penjaga menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru

Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria