MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Friday, April 26, 2013

Program Membaca Al Quran 30 Minit (PMAQ30) 2013

SETIAP PAGI JUMAAT - INTEJ masih meneruskan Program Membaca Al Quran 30 Minit (PMAQ30) sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Program seumpama ini menjadi rutin di INTEJ bagi melahirkan pemimpin yang celik ilmu Al Quran. Program ini juga dapat mengisi jiwa pelajar dengan sempurna melalui bacaan Al Quran. Semua pelajar akan dikumpulkan mengikut kumpulan kecil selepas perhimpunan pagi. Setiap kumpulan akan diletakkan seorang pelajar yang lebih mahir dalam bacaan Al Quran untuk membantu pelajar lain membaca Al Quran dengan betul. Semasa program berlangsung, semua guru akan mengikuti Taklimat Profesional bersama pihak pentadbir sekolah. Walau bagaimanapun, guru bertugas mingguan akan memantau perjalanan program.
 Semua pelajar berkumpulan mengikut kumpulan di Dataran Magic Square

 Pelajar lelaki sedang membaca Al Quran

Pelajar perempuan juga sedang membaca Al Quran

Perjumpaan WARIS (Mentor Mentee) Bulan FEBRUARI 2013

19 FEBRUARI 2013 - Perjumpaan Waris (Mentor Mentee) telah dijalankan di kawasan Magic Square INTEJ. Perjumpaan pada kali tersebut dikendalikan oleh ahli-ahli tertinggi Rumah Hamzah. Modus operasi Perjumpaan Waris ialah setiap rumah yang dipertanggungjawabkan akan mengendalikan perhimpunan pagi. Selepas itu, pelajar akan berkumpul dalam kumpulan kecil yang telah ditetapkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Guru-guru rumah akan bersama pelajar bagi melaksanakan modul yang telah diberikan. Selain itu, pelajar juga boleh berkongsi semua isu-isu asrama dan sekolah kepada mentor yang dilantik. Keadaan ini akan menjadikan hubungan guru dengan murid akan bertambah erat dan mesra.

 Pelajar beratur mengikut rumah masing-masing.

 Guru mengendalikan kumpulan waris yang telah ditetapkan.

 Bersungguh-sungguh CM mengendalikan kumpulan warisnya

Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan

Thursday, April 25, 2013

Kursus Asas Kaunseling & NLP Guru-Guru INTEJ 2013

02 FEBRUARI 2013 - Unit Bimbingan dan Kaunseling INTEJ telah menganjurkan Kursus Asas Kaunseling dan Neuro Linguistic Programming (NLP) kepada semua guru-guru. Respon yang diperolehi menunjukkan guru-guru berminat untuk menimba ilmu kaunseling yang boleh diadaptasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Pengetua juga inginkan supaya pengetahuan NLP disampaikan kepada semua pelajar supaya dapat memberikan lebih fokus dalam kelas.

En Jasmin bersedia menyampaikan ceramah

 Guru-guru melihat slaid yang ditanyangkan

Bergambar bersama En Jasmin, Pengetua dan Guru-guru

Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria