MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Thursday, May 09, 2013

Kursus Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan 2013

26 hingga 28 APRIL 2013 - SBP Integrasi Selandar, Melaka menjadi tuan rumah kepada Kursus Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan Tahun 2013. Majoriti Guru Bimbingan dan Kaunseling Zon Selatan telah menjayakan kursus ini yang disertai oleh 160 orang ahli PRS Tingkatan 4 seluruh SBP Zon Selatan. Kursus ini dijalankan bagi memberi latihan kepada ahli PRS untuk menjadi ahli yang lebih aktif di sekolah. Ahli PRS ialah seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang akan membantu rakan-rakan sekolah sekirannya menghadapi sesuatu isu atau masalah. Seramai 10 orang ahli PRS Tingkatan 4 dari INTEJ telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut. Guru Bimbingan dan Kaunseling INTEJ pula dilantik sebagai Kem Komanden sepanjang kursus berlangsung.

 Peserta kursus dari INTEJ

 Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Megat

 Diantara aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan

Pelajar INTEJ mengikuti jamuan makan malam di SBPI Selandar

No comments:

Post a Comment

Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria