MOTO PRS
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Tuesday, August 17, 2010

Program Kecemerlangan PMR & SPM Siri 2/ 2010

29 Jun - 01 Julai 2010 - Bertempat di Boungainvilla Resort, Port Dickson telah berlangsung satu Program Kecemerlangan PMR dan SPM Siri 2 Tahun 2010. Peserta program tersebut terdiri daripada 41 orang pelajar Tingkatan 3 dan 36 orang pelajar Tingkatan 5. Fokus yang diutamakan di dalam program ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran sepertimana program siri 1 yang lalu. Semua pelajar yang mengikuti program seumpama ini di ajar secara berfokus tentang matapelajaran supaya pemahaman yang lebih mendalam mengenainya. Disamping itu, pelajar juga diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang berbeza sepertimana kebiasaan. Guru yang terlibat dalam perigram ini ialah seramai 35 orang. Semoga berjaya.















Program Kecemerlangan PMR & SPM Siri 1/ 2010

04 - 06 Mei 2010 - SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu program kecemerlangan akademik kepada pelajar-pelajar untuk memberi fokus kepada peningkatan akademik pelajar. Program ini dijalankan di Boungainvilla Resort, Port Dickson. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan 40 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat yang melibatkan 30 orang guru. Modus operandi yang dijalankan ialah Pengajaran dan Pembelajaran secara berfokus di sekitar resort, dalam dewan dan di tepi pantai. Semoga program ini dapat membuka minda pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang diajar di sana. Tahniah kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Jasamu dikenang.... Semua gambar boleh dilihat di www.facebook.com/Kaunselor Sbp Integrasi Jempol


















Wednesday, August 04, 2010

Lawatan SK Tengku Muda Serting, BAHAU


02 Jun 2010 - Satu lawatan sambil belajar telah dijalankan oleh SK Tengku Muda Serting ke SBP Integrasi Jempol. Lawatan ini dibuat bagi menaikan semangat murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR nanti. Lawatan ini dikendalikan sepenunya oleh ahli-ahli PRS. Seramai 80 orang murid dan 6 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Terima kasih di atas lawatan yang penuh bermakna itu dan Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat sebagai fasilitator.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Penolong Kanan

Murid perempuan yang hadir

Murid lelaki yang hadir

Penyampaian cenderahati

Taklimat oleh ketua fasilitator

Latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator


Diantara guru yang hadir

LDK untuk motivasi murid

Selamat menjamu selera


Program "Mock Interview" 2010


01 Jun dan 13 Julai 2010 - Program "Mock Interview' telah berlangsung di SBPI Jempol. Kumpulan sasaran ialah semua pelajar Tingkatan 5. Ia merupakan program tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara menempuhi sesuatu sesi temuduga. Sebanyak 5 pusat temuduga telah dibuka dan penemuduganya dipilih dikalangan guru. Pada 01 Jun 2010 merupakan sesi Ceramah Etiket Sosial dan Cara Menghadapi Temuduga yang disampaikan oleh En Muhamad daripada Pensyarah Matrikulasi Negeri Sembilan. 13 Julai pula diadakan Hari Eksekutif dan Sesi Temuduga. Tahniah kepada semua pelajar yang mengikuti program ini dan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam panel temuduga itu.



Tuesday, April 20, 2010

Ceramah Motivasi Halatuju Kecemerlangan Diri PMR dan SPM 2010

Objektif Program
a. Supaya murid dapat mempelajari cara memotivasikan diri.
b. Supaya murid-murid mendapat meningkatkan semangat diri untuk lebih cemerlang khusunya dalam bidang akademik.
c. Supaya murid menyedari kepentingan motivasi diri untuk memajukan diri sendiri.
d. Melahirkan modal insan yang seimbang dari segi kemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Amat diharapkan semoga semua peserta program mendapat kebaikan selepas mengikuti program seumpama ini. "Orang lain hanya boleh memotivasikan diri kita tetapi sebenarnya kita lah yang perlu memotivasikan diri kita.

Tarikh : 26 April 2010 - SPM
28 April 2010 - PMR
Masa : 09:00 malam HINGGA 11:00 malam

Penceramah : Ustaz Muhammad Asri bin Husin, Kaunselor Cemerlang, SMK Seri Jempol


SESI TINGKATAN 5


Ustaz Asri sedang menyampaikan ceramah

Pelajar lelaki sedang khusuk mendengar ceramah
Dengar lah dik nasihat ustaz tuuu...

Macam terpaksa jee angkat tangan tuu...





SESI TINGKATAN 3

Motivasi diberi semangatkan diri

Nasihat diterima untuk kecemerlangan bersama

Selamat berjaya, PMR & SPM 2010

Cenderamata kepada penceramah disampaikan oleh Tn Haji Kamarularipin (GPK)

diiringi oleh En. Zolcapli (Ketua Bidang Teknikal)

Senarai Buku Ilmiah UBK

  • 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG - Dato' Mohd Fadzilah & Hj Muhd Zakaria
  • ANTAR AKU KE TANAH SUCI - Dr. H. Miftah Faridl
  • ISLAM RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA - Dato' Dr Haron Din
  • KALU YA, KATAKAN YA! - Dr. HM Tuan Iskandar Al Haj
  • KEMAHIRAN BELAJAR - Osman Affan
  • KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING - Mohd Aziz Shah, Mohd Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
  • KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR - Ahmad Marzuki Ismail
  • MANANGANI KESALAHAN & DIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK - Kamilarini Kamalsha
  • MENANGANI ANAK BERMASALAH - Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhd Zakaria & Maheran
  • PANDUAN MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI - Mohd Azhar Abd Hamid
  • PEMIKIRAN SISTEMATIK - Fazrul Ismail
  • RACUN DUNIA - Don A. Samad
  • RAHSIA MINDA HEBAT - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhd Zakaria